Friday 26 October 2018

NOMBOR PLAT MALAYSIA

KENDERAAN PLAT LANGKAWI

Tahukah anda?
Sejarah pendaftaran kenderaan di Malaysia bermulanya di Negeri Perak yang menggunakan huruf A kerana pada masa tersebut (selepas Perang Dunia Pertama) negeri Perak kaya dengan hasil bijih timah, rakyatnya ramai yang mampu membeli kenderaan. Walau demikian kenderaan banyak digunakan oleh pemerintah British yang bertugas di sana. Kemudian no plat kenderaan diikuti B (Selangor), C (Pahang) dan D (Kelantan). Kaya juga sebenarnya negeri Kelantan ni.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.

Selepas itu penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

No Plat Malaysia:



    Nombor Plat Khas


    Putrajaya
    Wilayah Persekutuan Putrajaya
    PROTON
    Untuk kereta PROTON
    Tiara
    Proton Tiara
    Perdana
    Proton Perdana
    Satria
    Proton Satria
    Chancellor
    Proton Chancellor
    Waja
    Proton Waja
    Putra
    Proton Putra
    PERODUA
    kereta PERODUA tertentu
    NAZA
    kereta NAZA tertentu
    LOTUS
    kereta LOTUS tertentu
    Kriss
    motorsikal Modenas Kriss
    Jaguh
    motorsikal Modenas Jaguh
    BAMBee
    Piala Thomas dan Uber 2000 yang diadakan di Kuala Lumpur
    SUKOM
    Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XOIC
    Sidang Kemuncak OIC 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XIII NAM
    Sidang Kemuncak NAM 2003 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XI ASEAN
    semasa Sidang Kemuncak ASEAN 2005 yang diadakan di Kuala Lumpur
    XXX IDB
    peserta atau ahli Persidangan Bank Pembangunan Islam
    G1M
    Gagasan 1 Malaysia oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
    1M4U
    Pelancaran Kempen 1 Malaysia for Youth
    Patriot
    Yayasan Patriot Negara Malaysia
    TTB
    sempena Pelancaran Slogan 'Transformasi Terengganu Baharu' oleh kerajaan negeri Terengganu
    GT
    Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia
    VIP
    Pelancaran Tahun Melawat Pahang (Visit Pahang) 2017
    GP
    kenderaan rasmi (Proton Perdana) yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Proton Group dan DRB-HICOM
    SAS
    Sambutan Ulang Tahun KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ke-40
    PERFECT
    Pelancaran Pengutipan Dana untuk Persatuan Ping Pong Malaysia
    RIMAU
    Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9
    MALAYSIA
    tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2018 'Sayangi Malaysiaku'
    G
    Yayasan Lee Chong Wei
    Y
    Yayasan Nur Jauhar
    A1M
    Yayasan Artis 1 Malaysia
    GG
    Yayasan Modal Insan yang bermaksud Great Generation.

    *ramai mengatakan plat G1M adalah plat untuk Langkawi. Sebenarnya plat Langkawi hanya KV, manakala G1M adalah plat khas yang boleh digunakan di seluruh Malaysia.

    Penggunaan Plat Langkawi:
    1. Harga kereta lebih rendah kerana Pulau Bebas Cukai.
    2. Bagaimanapun, anda terpaksa membayar cukai sekiranya ingin membawa keluar terus dari Langkawi.
    3. Pengguna plat KV diberikan 90 hari untuk digunakan di luar Langkawi, 30 hari maksimum bagi setiap kali. Maknanya selepas 30 hari, kenderaan tersebut mesti dibawa masuk kembali ke Langkawi.

    Kor Diplomatik 


    Plat pendaftaran korp diplomatik di Malaysia sangat berbeza daripada format plat nombor lain di negara ini. Mereka mengikuti 1C-2C-DCformat dan mempunyai sama ada watak putih pada latar belakang merah atau aksara putih pada latar belakang hitam. Tambahan pula, sifar utama digunakan sebagai tambahan kepada tanda hubung antara aksara.

    39 - 08 - DC
    • 1C - Kod pertama menandakan kewarganegaraan.
    • 2C - Kod kedua menandakan pangkat. (cth: 01 = Kepala Pejabat Misi, 52 = Attaché)
    • DC - Akhiran yang berterusan yang menandakan Kor Diplomatik .
    • Consular Corps 

      49 - 02 - CC
      Plat pendaftaran korp konsular di Malaysia melengkapkan plat nombor korp diplomatik . Mereka mengikuti 1C-2C-CCformat dan mempunyai aksara putih pada latar belakang hitam. [18] Sifar dan tanda perangsang juga digunakan.
      • 1C - Kod pertama menandakan kewarganegaraan. (cth: 15 = Australia , 43 = Denmark )
      • 2C - Kod kedua yang bergantung kepada negara Malaysia dan menandakan pangkat. (contoh: 01 = Ketua Misi Konsular di Kuala Lumpur , 02 = Ketua Misi Konsular di Pulau Pinang )
      • CC - Akhiran yang berterusan yang menandakan Konsulat Kor .

      10 - 01 - PBB
      Plat pendaftaran bagi kenderaan yang didaftarkan di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia menggunakan 1C-2C-UNformat. [18] Plat ini dikeluarkan dengan aksara putih pada latar belakang hitam atau aksara putih pada latar belakang merah.



    PENUTUP

    No plat paling tinggi bidaan di Malaysia ialah sebanyak RM 1,111,111.00 untuk MALAYSIA 1.



    Rujukan:
    • wikipedia
    • www.gseriesplate.com
    • paultan.org
    • blog.adamroslan.com
    • www.astroawani.com

    Scammers - TAC number

    Sejak akhir-akhir ini pelbagai laporan berkaitan scammers yang semakin berleluasa. Terdapat pelbagai modus operandi scammer. Ini ialah entri mengenai modus operandi Scammers menggunakan nombor TAC bagi pengguna Online Banking.

    Apakah Nombor TAC?

    Nombor TAC ialah Transsaction Authorisation Code yang akan anda dapat apabila membuat bayaran online atau pemindahan wang.



    Modus Operandi:

    1. Tiba-tiba anda mendapat sms nombor TAC dari bank walaupun anda tidak membuat apa-apa transaksi seperti beli barang di Shopee atau Lazada.

    2. Kemudian, scammer akan contact anda (call/sms/whatsapp) dan mengatakan dia tersilap register nombor telefon untuk akaun bank dia.

    3. Scammer minta anda bagi nombor TAC itu untuk scammers betulkan balik akaun dia.

    Apa patut anda buat?

    1. Jangan berikan nombor TAC tersebut.

    2. Sila block nombor telefon tersebut, anda boleh membantu orang lain jika menggunakan aplikasi seperti CallApp Contact.


    Spam number di CallApp Contact



    3. Anda juga boleh menukar password online banking anda bagi tujuan keselamatan. 



    4. Sekiranya baki atau amaun dalam akaun bank anda berkurangan sila hubungi bank anda.